Pelbagai Tips Dan Teknik Untuk Mengurangkan Tekanan

Samada kita sedar atau tidak sebagai orang Islam kadang kala masalah ini datang sebenarnya diHADIAHkan oleh Tuhan untuk mendekatkan diri kita kepadanya. Maka bersyukurlah kita kerana Tuhan masih memberikan kita perhatian.

Allah itu Tuhan Maha Adil. Kebanyakan masalah yang besar biasanya ada kaitan dengan dosa kita yang lalu. Ia didatangkan untuk menyedarkan kita.

Jadi bila berlaku contoh masalah yang sangat berat. maka perlulah kita kembali kepadaNya. Caranya…

1. Bertafakur mengenangkan segala kesalahan kita selama ini. Jika ada kaitan
dengan manusia tanamkan azam untuk bertemu dan meminta maaf darinya.
Jika dengan Tuhan maka bertaubatlah sungguh-sungguh.

2. Sebagai tanda kesungguhan kita bertaubat, bersedekah kepada anak yatim
atau orang yang benar-benar miskin. Dengan niat semoga dengan menggembirakan
hati mereka Tuhan akan menggembirakan kita juga.

3.Setelah itu catatkan setiap masalah anda satu persatu. Dari yang besar
hingga yang kecil.

4.Bagi orang Islam bangunlah pukul 3-4 pagi dan bercakap-cakap dengan
Tuhan meminta bantuan dan kasih sayangnya.Nyatakan segala masalah tadi
satu persatu dengan sungguh-sungguh dan merendah diri.

5.Insyallah ia mengikut kesungguhan masing-masing, ada hari pertama sudah
ada jawapannya.
Ia ada salah satu dari 2 bentuk jawapan.

Pertama: anda akan mendapat cara atau formula untuk menyelesaikan
masalah.
Kedua : ada orang bertemu atau kebetulan bertemu dan menjawab
segala permasalahan anda seterusnya menyelesaikan
masalah tersebut.

6.Masalah yang berat biasanya mengambil masa sedikit untuk diselesaikan.
Namun anda akan merasakan ketenangannya. Yang penting jangan meninggalkan
sembahyang 5 waktu. Itu syarat utama.

Ramai dikalangan kita tidak perasan Allahlah yang memberi ilmu kepada semua PAKAR-PAKAR yang mencipta alatan moden didunia ini. Ilmu kepada segala PAKAR masakan atau apa sahaja kepakaran. Jadi dekatkan diri kita denganNya. Insyallah pelbagai ilmu luarbiasa diperolehi dan masalah akan dapat kita atasi dengan izinNya.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • digg
  • YahooMyWeb
  • feedmelinks
  • co.mments

Fikiran berkecampuk

Kadang kala ada masanya kita akan berhadapan dengan keadaan fikiran yang berserabut. Buntu.Jem.Blank.Tak tahu apa nak buat. Kalau komputer, bila terlalu banyak kerja kadang kala ia jadi jem. Kena tutup balik komputer baru boleh guna balik.

Bagi manusia cara terbaik bila fikiran berkecamuk. Kalau jem mula-mula rehatkan diri. Bertafakur. Bagi orang Islam baca Quran atau mengenangkan diri. Bercakap-cakap dengan tuhan sambil mengadu masalah kita padaNya.

Selepas itu tulis segala masalah anda dikertas kosong. Dari yang besar kepada yang kecil. Insyallah segala masalah itu bila dilihat tidaklah sebanyak mana. Dan boleh diselesaikan sebenarnya. Cuma bila fikiran dah berkecamuk ianya jadi jem macam komputer tadi.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • digg
  • YahooMyWeb
  • feedmelinks
  • co.mments

Salah satu tips bila berhadapan dengan kemarahan ialah kalau berdiri duduk. Tekanan akan dapat dikurangkan. Saya pernah berhadapan dengan satu keadaan yang mana saya hampir bergaduh dengan seorang remaja yang sedang berkhayal sambil membawa motorsikal dan melanggar saya.

Ketika jatuh ditengah jalanraya ketika kemarahan sedang mula datang saya tepukkan kedua-dua tapak tangan ke jalanraya, TIBA-TIBA SEGALA KEMARAHAN HILANG DENGAN SENDIRI. Nasib baik tak terjadi apa-apa yang buruk.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • digg
  • YahooMyWeb
  • feedmelinks
  • co.mments

Video made in India

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • digg
  • YahooMyWeb
  • feedmelinks
  • co.mments

Hilangkan stress seketika. Kosongkan fikiran. Rehat sebentar fikiran anda. Jangan fikirkan apa-apa. Seolah-olah enjin kilang berehat sebentar. Sebelum memulakan operasinya semula.

Ok mulakan kerja balik. Jangan sampai tak buat kerja pula yek..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • digg
  • YahooMyWeb
  • feedmelinks
  • co.mments
 

About Me

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Vestibulum at arcu. Integer et risus. Morbi id tellus. Integer felis. Mauris malesuada, turpis vitae facilisis euismod, dui arcu adipiscing sem, eu vulputate leo ante in lacus. Sed porta accumsan lectus. Aenean ac sem. In consequat tempus velit. Phasellus leo enim, adipiscing a, egestas nec, pretium ut, pede. Mauris sollicitudin diam et mauris.