Tip 1: Memulakan Internet Marketing Business-Ilmu
Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman mengenai bidang pemasaran. Walaupun saya baru di dalam bidang pemasaran internet tetapi di dalam pemasaran offline secara direct sell, media concept marketing dan sms concept telah saya lakukan.
Alhamdulillah ada yang mencecah 5 angka sebulan. Tapi tak lama. Saya terpaksa merubah angin setelah mengalami masalah gout yang serius. Waktu muda saya menghabiskan masa saya membuat marketing ke seluruh Malaysia dengan pelnagai promosi produk. Kini saya terpaksa menumpukan kerja diinternet.
Bila saya memulakan perniagaan diinternet ini saya lihat masalah sebenarnya sama walau di mana-mana. Walau apa jenis perniagaan anda ceburi. Yang penting bagaimana anda menanganinya dan menghadapinya. Cuma bezanya sikit dari tenaga dan wamg ringgit yang diperlukan.
Untuk kali ini saya ingin memperkatakan mengenai Ilmu.
Di dalam anda memulakan apa-apa bisnes anda perlulah menguasai dahulu ilmu mengenai apa yang anda ingin buat. Pastikan anda membaca, memahami dan terus melaksanakannya. Jangan sekadar bermain dikepala sahaja.
Bila menyebut ilmu perlu ada guru. Jangan lupa carilah seorang guru yang memang mahir untuk membantu anda kita menghadapi kesusahan atau masalah di dalam membina perniagaan ini. Ok saya rasa sampai sini dulu tip saya.
Selepas ini ketahui tip bagaimana mendapat guru untuk membantu anda menguasai perniagaan anda hingga berjaya.
Bertemu lagi.

















